Kamis, 02 Januari 2014

GRAFIK DALAM MULTIMEDIA


Grafik merupakan tulang belakang untuk menghasilkan produk multimedia seperti yang dilihat di pasaran hari ini. Penggunaan grafik memerlukan pengguna atau pembangun perisian kursus multimedia paham dan tahu bagaimana hendak merealisasikan grafik dengan lebih berkesan. Penghasilan produk multimedia memerlukan kombinasi grafik yang menarik. Dengan itu, elemen-elemen seperti gambar, klip art, fotograf dan garisan adalah penting untuk membangun dan menghidupkan latarbelakang serta karakter. 

Selain itu, juga penting untuk kandungan maklumat. Grafik boleh dibangunkan dengan mengguna pelbagai alatan termasuk perisian melukis seperti Paint Shop Pro, Illustrator dan Adobe Photoshop. Selain itu, ia boleh direalisasikan dengan bantuan pengimbas imej dan kamera digital.Untuk menjimatkan ruang dan kualiti yang baik bagi pelbagai aplikasi yang digunakan, grafik boleh disimpan dalam fail yang mempunyai pelbagai format dan size. 

Kepentingan Grafik
Secara umumnya grafik terbagi kepada tiga bagian yiaitu:
-Grafik rekabentuk (graphics design)
-Grafik ilustrasi (graphics ilustration)
-Grafik pengiklanan.(graphics advertising)

Apa itu grafik rekabentuk?
Grafik rekabentuk ialah proses kreativiti yang menggunakan lukisan dan teknologi untuk menyampaikan ide-ide. Tujuannya adalah untuk menyampaikan mesej, dan kini merupakan satu cabaran kepada perekabentuk grafik kerana mereka perlu memindahkan hasil kerja ke dalam rekabentuk komunikasi maya untuk menyampaikan mesej dan sekaligus untuk meyakinkan pengguna. Perekabentuk grafik yang mahir adalah mereka yang menggabungkan penilaian astetik, pengeluaran teknologi dan kemahiran pengurusan projek untuk membangunkan strategi komunikasi yang berkesan. 

Apa itu grafik ilustrasi?
Grafik ilustrasi adalah satu bentuk lukisan jelas dan sempurna yang dapat menyampaikan mesej atau idea tertentu. Grafik ilustrasi ialah teknik penghasilan grafik bagi menghasilkan rupa paras objek atau lukisan berbantukan teknologi komputer seperti menggunakan Adobe Photoshop, Paint Shop, Freehand atau Illustrator. Ilustrasi yang berkesan adalah dapat mencapai tujuan pengiklanan dengan lebih efektif dalam masa yang singkat. Ilustrasi yang efektif juga dapat menjelaskan gambaran isi kandungan yang panjang justeru dapat menjimatkan masa dan tenaga. 

Fungsi Ilustrasi dalam bidang kehidupan sehari-hari
-Grafik akan muncul bersama-sama artikel dalam majalah atau di laman web pada iklan-iklan, poster, label-label barangan dan sebagainya.
-Grafik juga terdapat pada kad-kad ucapan elektronik, kalendar, kulit buku yang dipromosikan oleh syarikat e-dagang di Internet.
-Untuk menjelaskan isi kandungan buku yang dijual secara atas talian, terutamanya buku-buku cerita untuk kanak-kanak. 

Fungsi ilustrasi dalam kehidupan harian kita sebenarnya terlalu banyak tanpa kita menyedari, contohnya penggunaan Internet. Banyak barang-barang yang telah dipromosikan seperti pakaian, toys, kartu ucapan, dan juga buku-buku ditawarkan secara atas talian. Barang tersebut disampaikan dalam bentuk imej yang mempunyai rupa dan bentuk serta warna. 

Jenis-jenis ilustrasi
-Ringkas, lucu dan menyenangkan hati pembaca.
-Berbentuk fantasi atau khayalan.
-Berbentuk sindiran (hampir sama dengan ciptaan komik dan kartun)
-Jenis representasi dengan memberi gambaran bernyawa kepada benda-benda bukan hidup atau bukan manusia.
-Bertujuan untuk hiasan (biasanya digunakan pada tajuk artikel di laman web)
-Memperjelaskan isi kandungan sesuatu konsep pengajaran atau konteks buku elektronik.
-Proses menghasilkan grafik ilustrasi
-Tentukan tema dan tajuk yang sesuai bagi grafik yang dibina.
-Lakukan kajian dan pemerhatian berkait dengan tema dan tajuk.
-Menentukan kesesuaian ilustrasi dengan tema yang dibangunkan.
-Jika perlu, pilih typeface yang sesuai.
-Buat lakaran kecil, dan pilih lakaran yang sesuai serta susun mengikut ukuran sebenar.
-Tentukan warna yang sesuai.

Apa itu grafik pengiklanan?
Pengiklanan meliputi segala bentuk mesej mengenai barangan dan perkhidmatan yang lahir daripada punca-punca yang berlainan. Kebanyakan pengiklanan disalurkan melalui saluran media seperti, televisan, laman web, poster, majalah, papan bulletin dan pelbagai media lagi. Pengiklanan merupakan seni yang kompleks kerana melibatkan bidang sains dan teknologi, ilmu perniagaan, pengetahuan sosial dan budaya dan kemahiran dalam bidang seni reka.

Grafik Pengiklanan adalah kombinasi teks, warna, audio, video, sudut, garisan dan tekstur. Tujuan pengiklanan adalah untuk mencari peminat sesuatu produk atau perkhidmatan. Untuk menarik minat seseorang itu, iklan perlu bersifat cantik supaya ia mempunyai daya tarikan. Selain daripada itu, sifat iklan untuk menyampaikan maklumat tidak boleh diketepikan. Grafik pengiklanan adalah teknik-teknik dan proses untuk mewujudkan nilai-nilai kecantikan yang memberi daya tarikan sesuatu produk. Penggabungan grafik, animasi dan produk memerlukan suatu daya kretaiviti untuk membolehkan mesej disampaikan dengan mudah kepada kumpulan sasaran. 

Dalam pembangunan grafik pengiklanan, terdapat beberapa perkara penting perlu diberi perhatian, di antaranya:
-Tajuk- mesti menarik dan ringkas supaya dapat memikat perhatian orang yang membaca teks iklan. Biasanya mesti typeface yang besar dan jelas.
-Cogankata-amat penting dan mesti dapat menonjolkan kualiti serta keistimewaan barangan yang diiklankan.
-Ilustrasi - menunjukkan imej sebenar barangan yang diiklankan, ketepatan lukisan dan gambar foto biasanya dalam warna yang menarik.
-Rangka reka (Border) - merupakan sempadan bagi isi sebenar iklan, fungsinya untuk mengawal penglihatan pembaca supaya tumpuan ditarik ke tengah. Rangka reka biasanya menggunakan garisan mudah diolahkan untuk menjadi corak yang cantik.
-Logo - amat penting kerana ia melambangkan syarikat atau pembuat barang.
-Nama dan alamat - sebagai pemberitahuan untuk berhubung atau pembuat produk.
-Warna - amat diperlukan, warna yang berkesan akan menjadikan iklan lebih dinamik dan menarik. Pilihan warna mesti bersesuaian dengan fungsi iklan, jika iklan perlu disiarkan dalam warna hitam putih sahaja atau monokrom, perhatian haruslah diberi kepada pengurusan dan pengolahan unsur seni supaya dapat menghasilkan iklan yang berkesan.

Elemen-elemen Grafik
Dengan menggunakan teknologi komputer, elemen-elemen grafik boleh ditukarkan kepada pelbagai bentuk. Untuk menghasilkan grafik yang berkualiti, pembangun perlu faham tentang elemen-elemen yang terdapat dalam grafik. Di antaranya ialah:
-Garisan
-Bentuk
-Ruang
-Tekstur
-Warna 

Multimedia dapat digunakan dalam:
1. Bidang periklanan yang efektif dan interaktif
2. Bidang pendidikan dalam penyampaian bahan pengajaran secara interaktif dan dapat mempermudah pembelajaran karena dididukung oleh berbagai aspek: suara, video, animasi, teks, dan grafik
3. Bidang jaringan dan internet yang membantu dalam pembuatan website yang menarik, informatif, dan interaktif.

Menurut riset Computer Technology Research (CTR):
1. Orang mampu mengingat 20% dari yang dilihat
2. Orang mampu mengingat 30% dari yang didengar
3. Orang mampu mengingat 50% dari yang didengar dan dilihat
4. Orang mampu mengingat 30% dari yang didengar, dilihat, dan dilakukan. 

Multimedia mampu:
1.Mengubah mengubah tempat kerja. Dengan adanya teleworking, para pekerja dapat melakukan pekerjaanya tidak harus dari kantor.
Contoh software yang mendukung teleworking/telecommuting: Netmeeting!
2.Mengubah cara belanja. Homeshopping/teleshopping dapat dilakukan dengan menggunakan internet, kemudian barang datang dengan sendirinya.
3 Mengubah cara bisnis. Nokia membuat bisnis telepon seluler, banyak perusahaan menggunakan sistem jual beli online, bank menggunakan cara online-banking.
4. Mengubah cara memperoleh informasi. Orang-orang mulai menggunakan internet dan berbagai software untuk mencari informasi.
Misalnya: membaca koran online, detik.com, menggunakan software kesehatan, belajar gitar dari software dan masih banyak lagi.
5.Mengubah cara belajar. Sekolah mulai menggunakan komputer multimedia, belajar online menggunakan e-book.
6.Internet Multimedia juga mulai bersaing dengan televisi dan radio.

Komputer Multimedia
Komputer Multimedia adalah sebuah komputer yang dikonfigurasi sesuai dengan rekomendasi dan memiliki sebuah CD-ROM. Standarisasi komputer mutlimedia dilakukan oleh "Multimedia PC Marketing Council", sebuah kelompok kerja dari sebuah perusahaan yang dahulu bernama Software Publishers Association (sekarang bernama Software and Information Industry Association). Perusahaan ini merupakan gabungan dari Microsoft, Creative Labs, Dell, Gateway, dan Fujitsu. 

Kenapa CD-ROM?
Karena dahulu multimedia sebatas hanya kemampuan komputer untuk menampilkan video melalui sebuah CD-ROM saja. 

Standar Komputer Multimedia menurut Software and Information Industry Association:
Pada tahun 1990:
16 MHz 386SX CPU
2MB RAM
30MB hard disk
256-color, 640 x 480 VGA video card
1x CD-ROM drive using no more than 40% of CPU to read, with < 1 second seek time
Sound card outputting 22 kHz, 8-bit sound; and inputting 11 kHz, 8bit sound
Windows 3.0 with Multimedia Extensions.

Pada tahun 1993:
• 25 MHz 486SX CPU
• 4 MB RAM
• 160 MB hard disk
• 16-bit color, 640×480 VGA video card
• 2X CD-ROM drive using no more than 40% of CPU to read at 1x, with < 400ms seek time
• Sound card outputting 44 kHz, 16-bit sound
• Windows 3.0 with Multimedia Extensions, or Windows 3.1

Pada tahun 1996:
• 75 MHz Pentium CPU
• 8 MB RAM
• 540 MB hard disk
• Video system that can show 352×240 at 30 frames per second, 15bit color
• MPEG-1 hardware or software video playback
• 4x CD-ROM drive using no more than 40% of CPU to read, with < 250ms seek time
• Sound card outputting 44 kHz, 16-bit sound
•Windows 3.11 

http://adekuswoyo.blogspot.com/2010/12/grafik-multimedia.html



Tidak ada komentar:

Posting Komentar